The Pretender  

Friday, March 6, 2009

"There are Pretenders among us. Geniuses with the ability to become anyone they wanted to be.."



Ada orang tanya, apakah maksudnya "The Pretender" ? Mengapakah aku menamakan blog aku dengan nama The Pretender? Apakah kena-mengenanya dengan aku, adakah aku seorang pretender, dan kalau ye, apa yang aku pretend? Well..

Masa Akim first time baca blog ni, terpacul dari mulut dia, "Eh, The Pretender ni bukan ke..", dia tak sempat abiskan soalan dia, sebab aku terus jawab, "A'ah, betul".

Actually, sebenarnya lebih appropriate kalau aku namakan blog ni "The Pretender 2", ataupun "The Pretender Returns". Sebabnya, aku based kan nama blog ni kepada sebuah lagi karya aku, "The Pretender" iaitu sebuah buku autograf..

Masa aku kat sekolah dulu, menjadi tradisi bagi form 5, untuk membuat satu buku autograf supaya member-member lain boleh tulis apa-apa saja komen, nasihat, kutukkan dan sebagainya. Tak payah risau, sebab form 5 tu cuma akan baca komen-komen tu bila diorang dah balik rumah, lepas abis SPM.

Aku pun ada buat satu buku autograf ni, sebuah buku yang bersaiz A4, lebih kurang setebal kamus dewan. Dan aku namakan buku autograf aku ni, "The Pretender". So, terjawablah persoalan dari mana datangnya nama blog ni..

Tak berapa menarik kan? Apa yang lebih menarik ialah, dari mana datangnya nama buku autograf aku tu? Sebenarnya, aku based kan nama "The Pretender" tu berdasarkan salah sebuah TV series yang aku minat waktu aku form 5, bertajuk, "The Pretender" (banyaknya The Pretender dalam entry ni).

Dalam cerita tu, ada seorang genius, namanya Jarod, dan dia mempunyai photographic memory yang membolehkan dia membuat apa-apa pekerjaan pun yang dia suka. Karekter Jarod ni berdasarkan kepada seorang manusia yang bernama Ferdinand Demara, juga seorang genius, memiliki photographic memory, dan juga seorang serial impostor. Dalam banyak-banyak pekerjaan Ferdinand ni, apa yang paling menarik adalah, ketika dia menjadi surgeon di atas sebuah kapal perang. Dia berjaya menyelamatkan nyawa berpuluh-puluh askar setelah melakukan pembedahan, hanya berdasarkan buku-buku yang dibaca..

Aku pun kadang-kadang pretend jugak. Aku pretend aku boleh terbang. Dalam mimpi la. Masalahnya, tiap-tiap kali aku terbang dalam mimpi, mesti tak lama, sebab aku akan terjaga. Susah betul nak kontrol lucid dream ni..

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


6 comments: to “ The Pretender