Kebodohan PPSMI  

Wednesday, March 11, 2009

Masa aku sekolah kat China, aku xde masalah langsung dalam matematik. Yela, aku memang dah tau camane nak buat, kat malaysia dah belajar. Kalau soalan dalam BI pun, dalam kepala otak aku, aku buat dalam BM...


PPSMI adalah Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2003. Hasil daripada penguatkuasaan dasar ini, kini matapelajaran Sains dan Matematik diajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris diperingkat rendah dan menengah.

Rasionalnya, sains dan matematik adalah asas penting dalam bidang teknologi, yang seterusnya berperanan dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Dan oleh kerana maklumat dan bahan rujukan di peringkat tinggi banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris, maka di atas keprihatinan kerajaan, murid-murid sekolah rendah dan menengah mestilah belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Jepun tidak pernah menggunakan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah mereka. Mereka maju. Begitu juga dengan Korea Selatan. Korea Utara. China, Rusia, Perancis, Itali dan Jerman. Kanak-kanak mereka belajar dalam bahasa ibunda mereka. Mereka masih boleh maju. Negara-negara yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran peringkat rendah dan menengah adalah negara-negara yang memang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, seperti Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.

Rasional yang diberikan kerajaan sendiri tidak rasional. Oleh kerana sumber-sumber terkini dalam bidang teknologi di peringkat tertinggi banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris, maka kanak-kanak dari darjah satu hingga tingkatan lima diajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Sepatutnya, mereka diajar Bahasa Inggeris.

Adakah dengan kemahiran asas Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat memastikan penguasaan dalam bidang teknologi? Sains dan Matematik di peringkat rendah dan menengah adalah begitu asas, penguasaannya dalam Bahasa Inggeris adalah tidak penting dan tidak relevan jika dibandingkan dengan bahasa akademik yang digunapakai di peringkat tinggi. Memang betul, sumber-sumber terkini dalam bidang teknologi seperti jurnal-jurnal dan artikel-artikel secara majoritinya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Akan tetapi, bahasa yang digunakan adalah bahasa akademik yang menampilkan terma-terma dan maklumat-maklumat yang jauh melampaui apa yang diajar di peringkat rendah dan menengah. Dalam konteks ini, penguasaan Bahasa Inggeris itu sendiri lebih penting, bukannya penguasaan pengetahuan asas dalam Bahasa Inggeris.

Kajian menunjukkan kemerosotan dalam matapelajaran Sains dan Matematik sejak PPSMI dikuatkuasakan. Malah, pelajar-pelajar sendiri tidak menyokong tindakan kerajaan ini. Memetik Persatuan Linguistik Malaysia, 2005:


" Kajian DBP yang dijalankan oleh pasukan penyelidik UKM pada tahun 2004 menunjukkan bahawa prestasi pelajar umumnya merosot dalam mata pelajaran yang menjadi sasaran dasar baharu, iaitu sains dan matematik dan juga bahasa Inggeris. Malah, di luar dugaan pencapaian mereka dalam mata pelajaran bahasa Melayu turut terjejas, mungkin disebabkan oleh kekeliruan dan kejutan yang dihadapi. Kajian Dr. Norhashimah Jalaludin dari Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM mendapati bahawa 75% pelajar tidak setuju sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris, 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan sains dan matematik dengan berkesan, 71% meminati sains dan matematik yang diajarkan dalam bahasa Melayu, 70% yakin akan cemerlang jika sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu, dan 87% tidak setuju bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu. Kajian itu juga menunjukkan bahawa hampir 50% pelajar tingkatan 2 yang dikaji gagal dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam peperiksaan semester pertama tahun 2004.

Dalam jangka lima tahun pelaksanaan dasar baharu ini, dijangka ratusan ribu pelajar akan gagal atau rendah pencapaiannya dalam mata pelajaran sains dan matematik dan fenomena ini malangnya melibatkan majoriti pelajar di luar bandar yang jelas terdiri daripada anak-anak Melayu. Implikasi ini secara langsung menjejaskan keutuhan bangsa Melayu yang memang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang di negara ini. Bidang pendidikan yang diharapkan dapat melonjakkan citra dan martabat bangsa Melayu akan sebaliknya menjadi alat yang menjatuhkan bangsa Melayu sendiri.
"


Apa yang dilihat, pelajar-pelajar Melayu semakin ketinggalan dalam Sains dan Matematik. Bukan kerana mereka tidak berpotensi, tetapi kerana mereka hilang minat terhadap matapelajaran ini. Jika bahasa yang digunakan dalam pengajaran pun tidak difahami, bagaimanakah pelajar dapat memahami ilmu yang diajar?

Sains dan Matematik adalah matapelajaran yang berasaskan kefahaman. Penguasaan ilmu yang diajar itu sendiri adalah lebih penting daripada mengetahuinya dalam Bahasa Inggeris. Untuk memenuhi keperluan negara, maka penguasaan Bahasa Inggeris itu sendiri yang harus dipertingkatkan, di samping menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Inilah dasar pendidikan yang digunapakai oleh sebahagian besar negara-negara maju yang jelas maju dengan bahasa ibunda mereka sendiri. Dasar PPSMI ini dilihat sebagai jalan pintas oleh kerajaan, setelah gagal memberikan keberkesanan terhadap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Dasar ini tidak terhad kepada matapelajaran Sains dan Matematik sahaja. Akhirnya, ia akan memberikan medium pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris terhadap kesemua matapelajaran berasaskan Sains dan Matematik, yang membentuk 80% daripada keseluruhan sistem pelajaran Malaysia. Atas sebab inilah, ia begitu ditentang oleh sebilangan besar badan-badan bukan kerajaan yang berasaskan akademik dan sosial.

Setelah mencapai kemerdekaan, kerajaan Indonesia telah menghapuskan kesemua sekolah-sekolah berasaskan etnik di Indonesia. Hasilnya, kini hampir 100% etnik Cina dan India di Indonesia hilang jati diri asal mereka. Di Malaysia pula, sebahagian besar pelajar tidak tahu menggunakan tulisan jawi setelah kerajaan menghapuskan pengajarannya di sekolah-sekolah. Bayangkanlah, apakah kesannya jika Bahasa Melayu hanya digunakan sebanyak 20% sahaja di sekolah-sekolah.


Masa kecik-kecik, aku suka tengok kartun. Transformers, Voltron, Thundercats, He-Man. Citer kartun ni semua dalam BI. Xde choice, xde kartun BM. Tengok je la. Walaupun xphm, tp ade gak pendedahan. Sekarang ni, kerajaan kecoh2 pasal kepentingan BI, tapi rancangan kanak2 kat TV semuanya dialihbahasa terus ke BM. Bodo btol..


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Coke Blog Update  

Monday, March 9, 2009

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


The Pretender  

Friday, March 6, 2009

"There are Pretenders among us. Geniuses with the ability to become anyone they wanted to be.."



Ada orang tanya, apakah maksudnya "The Pretender" ? Mengapakah aku menamakan blog aku dengan nama The Pretender? Apakah kena-mengenanya dengan aku, adakah aku seorang pretender, dan kalau ye, apa yang aku pretend? Well..

Masa Akim first time baca blog ni, terpacul dari mulut dia, "Eh, The Pretender ni bukan ke..", dia tak sempat abiskan soalan dia, sebab aku terus jawab, "A'ah, betul".

Actually, sebenarnya lebih appropriate kalau aku namakan blog ni "The Pretender 2", ataupun "The Pretender Returns". Sebabnya, aku based kan nama blog ni kepada sebuah lagi karya aku, "The Pretender" iaitu sebuah buku autograf..

Masa aku kat sekolah dulu, menjadi tradisi bagi form 5, untuk membuat satu buku autograf supaya member-member lain boleh tulis apa-apa saja komen, nasihat, kutukkan dan sebagainya. Tak payah risau, sebab form 5 tu cuma akan baca komen-komen tu bila diorang dah balik rumah, lepas abis SPM.

Aku pun ada buat satu buku autograf ni, sebuah buku yang bersaiz A4, lebih kurang setebal kamus dewan. Dan aku namakan buku autograf aku ni, "The Pretender". So, terjawablah persoalan dari mana datangnya nama blog ni..

Tak berapa menarik kan? Apa yang lebih menarik ialah, dari mana datangnya nama buku autograf aku tu? Sebenarnya, aku based kan nama "The Pretender" tu berdasarkan salah sebuah TV series yang aku minat waktu aku form 5, bertajuk, "The Pretender" (banyaknya The Pretender dalam entry ni).

Dalam cerita tu, ada seorang genius, namanya Jarod, dan dia mempunyai photographic memory yang membolehkan dia membuat apa-apa pekerjaan pun yang dia suka. Karekter Jarod ni berdasarkan kepada seorang manusia yang bernama Ferdinand Demara, juga seorang genius, memiliki photographic memory, dan juga seorang serial impostor. Dalam banyak-banyak pekerjaan Ferdinand ni, apa yang paling menarik adalah, ketika dia menjadi surgeon di atas sebuah kapal perang. Dia berjaya menyelamatkan nyawa berpuluh-puluh askar setelah melakukan pembedahan, hanya berdasarkan buku-buku yang dibaca..

Aku pun kadang-kadang pretend jugak. Aku pretend aku boleh terbang. Dalam mimpi la. Masalahnya, tiap-tiap kali aku terbang dalam mimpi, mesti tak lama, sebab aku akan terjaga. Susah betul nak kontrol lucid dream ni..

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


New Blog!  

Wednesday, March 4, 2009

Aku dah buat blog kedua! Blog baru ni adalah untuk aku letak gambar-gambar koleksi tin Coca-Cola yang aku kumpul

Silalah melawat blog ni ye, jangan malu-malu! ^_^ v


http://mycokecollection.blogspot.com


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Megi  

Thursday, February 26, 2009

Yaya cakap, "baru xdpt mkn megi sebulan dh jd jiwang karat.." Abg dah jiwang dari dulu la, skrg ni je karatnye dah bertambah-tambah..

Made in Malaysia



Aku suka makan megi. Kalau aku masak megi, aku tumis bawang dulu. Taruk lada sikit, taruk sayur sikit. Kadang-kadang kalau ada lauk semalam dalam peti ais, aku masukkan sekali. Jadila megi sardin. Memang best.

Selama 3 minggu aku kat New Zealand ni, tak pernah makan megi. Bukannye takde, ada. Megi yang jenama Maggi pun ada. Bila pergi shopping kat supermarket tu, jeling-jeling aje yang termampu..

Bukannye ape, takut tak halal. Mula-mula dulu, tengok-tengok la jugak kalau ada yang perisa sayur, tapi takde. Ada dua perisa je, ayam dengan daging. Waah.. Megi perisa daging. Tak pernah makan, mesti best.

Aku check la, ada tanda halal ke tak. Sedihnye.. takde.. Sejak tu, tiap-tiap kali pegi shopping, jeling-jeling je..

Tapi semalam, aku terasa nak check lagi sekali, takut dulu aku miss. Memang takde tanda halal, tapi aku ternampak benda lain..

"Made in Malaysia"


Damn..

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


The Protocols  

Monday, February 2, 2009

Hazim mintak aku explain pasal plan2 yahudi (dikenali sebagai "Protocols of Zion"). Alamak Hazim, protokol2 ni panjang berjela2, aku blom habis research lagi. Tapi takpe, instead of explaining apakah dia protokol tu satu persatu, let me explain about its aims and its goal..


Everything, and i mean EVERYTHING, that we are doing today dah pun tertakluk kepada perancangan yahudi sejak dulu2 lagi. Segala2nya. Nampak hidup kita mcm ok je kan? So, ape masalahnye dengan protokol2 zionis ni? Let me explain..

Kita boleh ibaratkan protokol yahudi ni macam wabak yang diorang sebarkan kepada seluruh dunia. Ingat, diorang bukan target Islam je, diorang target seluruh dunia. Ramai orang salah faham tentang perkara ni, mostly sebab the Israel-Palestinian conflict.

So, it's a plague. A disease. Ia akan meresap jauh ke dalam kehidupan kita (seluruh umat manusia). Wabak ni akan berjangkit2 ke seluruh dunia, sampai la satu masa nanti, semua aspek dalam semua sistem yang digunapakai dalam dunia ni, adalah yang telah diperkenalkan oleh yahudi.

Reality check: Ada lagi ke negara yang belum terima globalisasi? Malaysia dulu pun tak terima jugak. Sekarang? Sekarang kita glokal. Haha. Haha. Haha. Dulu2, susah nak dapat citer blue. Sesetengah kedai je ada jual videotape. Tu pun harga dia mahal. Sekarang? Seluruh dunia orang beromen, amek video sendiri. Pastu upload. Kita download free je. Mula2 American Idol. Lepas tu _______ Idol (masukkan mana2 nama negara). Malaysian Idol pun ade. Tapi Malaysia lagi advance. Kita ada Akademi Fantasia. Kita ada One in a Million. Kita ada Raja Lawak.

Untuk peringkat sekarang ni, kita belum terasa sangat lagi, tapi, satu masa nanti, keseluruhan sistem dunia, yang semuanya diperkenalkan oleh yahudi, akan runtuh. Satu-persatu. Dan ini akan membawa malapetaka kepada seluruh dunia.

Reality check sekali lagi: Ok, sekarang ni tengah recession. Kegawatan ekonomi di peringkat dunia. Macam2 masalah timbul. Harga minyak jatuh, tapi harga barang2 lain semua naik (what the hell?) Masalah2 yang sedia ada jadi lagi teruk. Pengangguran, kemiskinan, kebuluran. Dan bermacam2 "an" lagi. Bankrupsi, korupsi, depresi. Dan bermacam2 "si" lagi. Kita tak terasa sangat kat Malaysia, tapi inilah dia masalah dunia. Kenapa? Macam mana ekonomi dunia boleh gawat? Apakah puncanya? Senang je puncanya. Pinjaman bank. Hahahahahaha. Sape tak pernah buat pinjaman bank? Ekonomi dunia runtuh hanya disebabkan oleh pinjaman bank. Now, cuba teka siapakah yang memperkenalkan sistem pinjaman bank ni?

Ok lets recap: Yahudi perkenalkan satu sistem. Sistem tu akan digunapakai oleh seluruh dunia. Kemudian sistem tu akan runtuh. Seluruh dunia sengsara. The problem is, it's not just one system, it's EVERYTHING. Basically, that is the aim of the Zionist protocols. What about the goals?

Apakah dia agenda yahudi? Apakah keuntungan yang diorang dapat setelah seluruh dunia huru-hara? Bukan ke ini jugak akan merugikan diorang? Kenapa diorang nak hancurkan dunia? Sebenarnya, matlamat diorang lebih besar daripada kehancuran dunia. Diorang nak menguasai dunia. Bukan setakat melalui pemikiran macam yang diorang dah capai sekarang, tapi diorang nak menguasai dunia secara total.

Apabila seluruh dunia dah kecoh, dah huru-hara, bila dah tak nampak lagi sebarang harapan untuk dunia ni, waktu itu akan muncul seorang penyelamat dari kalangan orang2 yahudi. Kira macam hero la. Dia ni dikenali sebagai "The King of Jews", dan dia akan memimpin dunia ke arah kesejahteraan. Waktu tu, seluruh dunia akan mengagung2kan dia, dan seluruh dunia akan tunduk pada dia. Dia akan jadi raja kepada seluruh dunia. Ketika itu, dunia akan diperintah oleh satu entiti, di bawah satu pemerintahan. Inilah yang ingin dicapai oleh yahudi melalui protokol2 yahudi, yang mana matlamat akhirnya adalah penguasaan dunia seperti yang dikenali sebagai "New World Order" ataupun "The Totalitarian State".

Ok, setakat ni apa yang aku tulis adalah berdasarkan protokol2 yahudi. Untuk yang seterusnya, adalah hasil daripada buah pemikiran aku sendiri. My own theory.

Macam mana yahudi dari zaman dulu lagi boleh lay out satu pelan jangka panjang yang begitu komprehensif, yang tak mungkin boleh dicapai oleh diorang sendiri, dan tak mungkin dicapai oleh anak, cucu dan cicit diorang jugak?

Pada pendapat aku, kesemua pelan2 ni sebenarnya dirancang oleh sorang aje. Seorang yang terkenal dengan kebijaksanaannya. Dan dia pun dah dikurniakan Allah hidup yang panjang. Dia hidup sejak zaman dulu sampai la ke akhir zaman. Dan Allah pun dah tentukan, dia akan menguasai dunia pada akhir zaman. Masa tu, semua orang yang ikut dia diibaratkan macam hidup dalam syurga, dan siapa2 yang menentang dia diibaratkan macam dalam neraka.

Kalau ape yang aku cakap kat atas tadi mengenai yahudi semuanya salah, kalau protokol2 yahudi tu semuanya hoax seperti yang diclaim oleh wikipedia, aku tetap percaya, kesemua masalah yang dihadapi dunia sekarang ni dan jugak yang akan datang, semuanya berpunca daripada makhluk yang bernama Dajjal. Ini semua perancangan dia untuk menguasai dunia. Yahudi tu hanyalah sebagai alat untuk dia mencapai matlamat. Kalau yahudi jatuh sekalipun, the next power that arise akan menjadi alat kepada Dajjal jugak.


Mengambil kata-kata yang telah diperkenalkan oleh seorang idola bangsa dan menjadi ikutan kanak-kanak zaman sekarang, LU PIKIR LA SENDIRI!!!

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Boikot  

Monday, January 26, 2009

Saya kumpul tin Coca-Cola. Saya ada bermacam variasi dari pelbagai negara. Hasil dari titik peluh mak saya yang memberi wang saku, saya ada sebuah koleksi yang menawan hati. Waktu saya ke Singapura tempoh hari, saya telah membeli dua tin lagi untuk menambah koleksi saya. Dengan senyuman, ayah saya menegur..

"Sekarang ni orang dah tak beli Coca-Cola, kita boikot". Saya tersipu malu. Perkara ini membuatkan saya berfikir..

Kita hendaklah memboikot barangan Yahudi



Konflik Israel-Palestin

Israel telah menyerang Genting Gaza, sebuah wilayah Palestin. Mereka memusnahkan rumah-rumah, sekolah-sekolah, hospital-hospital, yang semuanya tiada kena-mengena dengan soal keselamatan Israel. Mereka membunuh rakyat Palestin, kanak-kanak dan orang-orang tua. Mereka kejam. Mereka melakukan semua ini walaupun mendapat tentangan PBB.

Adakah ini perkara baru? Tidak. Hanyalah ulangan kepada peristiwa-peristiwa lepas. Perkara ini semua orang tau. Apakah agenda Israel di sebalik serangan ini? Sama juga agendanya dengan serangan-serangan lepas. Ia bukan soal Yahudi-Islam, di Israel juga ada orang Islam, mereka bebas beribadat.

Ini adalah perebutan wilayah. Israel adalah sebuah negara yang wujud hasil daripada perpisahan dengan negara asal, iaitu Palestin. Sama seperti Ireland Utara dan Republik Ireland. Sama seperti Korea Utara dan Korea Selatan. Sama seperti India dan Pakistan. Ketegangan masih berlaku walaupun sudah lama berpisah. Sama juga seperti Malaysia dan Singapura. Walaupun kita belum ada sengketa bersenjata, namun sengketa tetap ada. Sengketa ini kita kenali sebagai 'isu dua hala'.

Soalnya, Israel dan Palestin saling tidak mengiktiraf satu sama lain. Israel tidak mengiktiraf kepimpinan Palestin, manakala Palestin tidak mengiktiraf kewujudan Israel. Oleh itu usaha untuk perjanjian damai tidak pernah berhasil. Malah, kedamaian bukanlah agenda Zionis.

Israel telahpun menghentikan serangan terhadap Genting Gaza. Tapi mereka masih lagi menduduki wilayah itu. Dan oleh kerana mereka tidak lagi menyerang, Barrack Obama telah memberi amaran supaya Palestin tidak melancarkan serangan balas. Ya, Obama, yang dipuji-puji oleh segenap masyarakat Islam. Dalam ucapan pertabalannya sebagai Presiden Amerika, Obama telah mengulangi pendirian Amerika yang menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri dan melancarkan serangan terhadap Palestin. Kemudian beliau melarang Palestin melancarkan serangan balas terhadap Israel. Ya, Obama yang diwar-warkan akan membawa perubahan. Hanya sekadar mengulangi pendirian presiden-presiden Amerika sebelum ini.

Apakah yang akan terjadi selepas ini? Adakah Israel akan mengundurkan diri? Tidak. Mereka akan membina penempatan-penempatan baru di Genting Gaza. PBB akan mengeluarkan usul melarang pembinaan ini. Ia akan tetap diteruskan. Dan Israel akan terus menjadi ahli PBB. Seperti yang telah saya katakan, ini hanyalah sekadar ulangan peristiwa-peristiwa lepas. Wilayah Israel akan menjadi lebih besar, sementara Palestin menjadi lebih kecil.

Peristiwa ini akan berulang lagi, 10 atau 20 tahun akan datang. Sementara itu, rakyat Palestin yang berpakaian compang-camping termasuk wanita dan kanak-kanak akan membaling batu-batu kecil dan kemudian ditembak oleh tentera-tentera Israel yang dilengkapi dengan kelengkapan perang terkini. Pokoknya, ia hanyalah sekadar ulangan kepada peristiwa-peristiwa lepas. Ia bukanlah perkara baru.



Rakyat Malaysia Boikot Barangan Yahudi

Namun begitu, serangan Israel terhadap Palestin kali ini memberi kesinambungan yang besar terhadap rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya yang beragama Islam. Adakah ia disebabkan oleh kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi? Adakah rakyat Malaysia kini lebih prihatin terhadap konflik antarabangsa? Tak pasti. Apa yang pasti, rakyat Malaysia seperti tergigit lidah. Panik. Melatah. Menggelabah.

Apa yang dilatahkan pun tidak diketahui. Dan kenapa sekarang baru menggelabah juga menjadi tanda tanya. Sengketa Yahudi-Palestin sudah berlaku sejak kurun ke-19 lagi. Israel mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1948. Sejak itu rakyat Palestin sudah dizalimi. Pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin telah berlaku ketika Perang Lebanon pada tahun 1982. Intifada sudah bermula sejak tahun 1987. Kenapa sekarang baru kita panik? Ini semua cerita lama.

Maka berduyun-duyunlah emel diterima menyenaraikan syarikat-syarikat milik Yahudi yang harus diboikot. Kemudian ia dicetak dan disebarkan, ditampal di mana-mana supaya kita tidak lupa. Sms-sms layang juga diterima, wajib disebarkan kepada 15 rakan terdekat. Wajib, jika tidak disebarkan, berdosa. Sehinggakan jika kita tidak memperkatakan mengenai Yahudi, kita dikira tidak updated.

Kita boikot. Tak boleh makan McDonald's, tak boleh minum Coca-Cola. Sama ada sebagai tanda protes, ataupun untuk secara langsung menjejaskan ekonomi Yahudi, tak pasti. Yang pastinya, kita boikot. Apakah kesannya? McDonald's kini lengang. Pekerja-pekerja mereka kini lebih mesra pelanggan. Marrybrown kembali beriklan di akhbar-akhbar utama dan televisyen. Kita mula mencari Zam-Zam Cola. Selain daripada itu? Adakah ia akan menjejaskan perniagaan syarikat-syarikat yang kita boikot? Di Malaysia, mungkin. Mungkin sehingga ke tahap menjejaskan mata pencarian segelintir pekerja-pekerja mereka, yang rata-ratanya rakyat Malaysia. Namun di syarikat induk, tidak. Mereka terus beroperasi seperti biasa.

Kita pernah boikot sebelum ini. Ketika kartunis Denmark menggambarkan nabi Muhammad sebagai pengganas, kita boikot barangan Denmark. Seluruh umat Islam boikot. Kita tuntut mereka minta maaf. Adakah mereka minta maaf? Tidak. Selepas itu Belanda terbitkan filem pendek bertajuk 'Fitna', yang mempersendakan Al-Quran. Sekali lagi kita boikot. Mereka juga tidak minta maaf. Kemudian kita kembali menggunakan barangan Denmark dan Belanda.

Berbalik kepada isu semasa. Katalah kita terus tidak makan McDonald's, kita terus tidak minum Coca-Cola. Tetapi, kita tetap menonton filem Hollywood. Kita tetap menggunakan emel Yahoo. Kita tetap menggunakan Windows. Pokoknya, semua ini tidak penting. Andai kata kita boikot keseluruhan ekonomi Yahudi sekalipun, kita hanya tidak menyokong sebahagian daripada agenda Zionis.

Kita akan tetap menonton bolasepak. Kita akan tetap menghias rumah dengan barang-barang mewah. Kita akan tetap membuat pinjaman bank untuk membeli kereta dan rumah. Kita akan tetap menonton Akademi Fantasia dan Raja Lawak. Kita akan tetap mengagungkan artis dan fesyen. Kita akan tetap menggunapakai sistem demokrasi. Apalah sangat boikot yang kita jalankan ini, lebih baik kita makan saja McDonald's, minum saja Coca-Cola.

Kenapa saya menulis tentang semua ini? Apakah impak yang saya harap dapat diberikan kepada rakyat Malaysia? Tak tau untuk persoalan pertama, tak ada untuk soalan kedua. Saya hanya menulis apa yang saya fikir. Beberapa orang sahaja yang akan membaca artikel ini, dan seorang dua sahaja yang akan membaca hingga ke tahap ini. Kenyataannya, sekurang-kurangnya untuk generasi kita, rakyat Malaysia tidak akan dapat lari daripada belenggu Zionis.

Sementara itu, kita akan terus makan McDonald's, minum Coca-Cola. Dan rakyat Palestin akan terus menderita.



Edit 04 Feb 2009:
Saya tertarik dengan satu post dalam blog seorang rakan seperkolahan saya, Fadli Halim. Sila lah ke postnya yang bertajuk Boikot juga.


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


TAG!!  

Wednesday, January 14, 2009

Aku telah di'tag' oleh Hazim. Celaka btol. Malasnye nak buat. Waktu2 kemurungan sebegini aku suka mengingatkan kembali kisah2 silam...


Lebih kurang setahun yang lepas, aku pergi buat paspot. Preparation utk sambung belajar. Walaupun ayah adalah TPINJ (Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Johor), tapi aku bertekad untuk buat semuanya sendiri.

Jadi, aku pergilah buat sendiri. Beratur sendiri ambik borang, beratur sendiri ambik nombor. Lepas submit borang, pegawai imigresen yang bertugas kat kaunter tu pun mintakla pengerasnya...

"Bayaran RM300 ye encik".

"Nak kena bayar sekarang ke?" Aku mana ada duit. RM20 adela.

"Ye". Sepatah je dia jawab.

"Saya takde duit. Kejap ye saya talipon ayah saya." Air muka pegawai tu nampak sedikit insulted. Ada ke nak buat paspot tak bawak duit.

"OK, encik boleh duduk kat situ dulu."

Aku selambe je diri kat kaunter tu. Bukan ada org lain pun. Aku talipon la ayah aku, menyatakan masalah2 berbangkit. "Tunggu kejap ayah datang", kata ayah aku.

Ayah datang dan menyerahkan sejumlah RM300 kat aku. Aku dah bersedia menahan gelak. Pegawai imigresen tu tengok ayah aku, tengok aku, lepas tu tengok ayah aku balik. Tak puas ati lagi, dia tengok IC aku pulak. Sepanjang insiden ni mulutnye sentiasa ternganga seperti ada sebiji telur rebus di dalamnya.

Untuk proses2 seterusnye aku di'escort' oleh seorang pegawai dan potong semua Q yang terlibat. Tak sampai 30 minit paspot dah siap.


Siang tadi, aku pegi buat visa kat Singapore dgn ditemani oleh ayah aku. Sepanjang perjalanan, kitorg di'escort' oleh seorang atache dan 2 org pegawai.



AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Selamat Pengantin Baru Kak Idah!!!  

Monday, December 22, 2008

Click to view pic!
Ijad & Ida
21 Disember 2008

Selamat pengantin baru utk kak idah dan ijad (mak ucu & pak ucu), semoga bahagia ke akhir hayat..

Mlm sblom hari bersanding ni, aisyah buat cukur jambul kat rumah tok alang. Tapi pak long x dtg la aisyah, sbb tertido kat umah. hehe sori ye aisyah, x dpt paklong cukur jambul aisyah..


Click to view pic!Ni gambar mlm sblom mlm aisyah bercukur jambul
Masa ni tgh sibuk bungkus telur pindang...


Masa ari kenduri tu, akim ngan hapis dah pergi dulu, tinggalkan abg sorg2 kat rumah, sbb abg blom mandi lagi. Lepas mandi, abg pun pegi la rumah tok alang, tapi akim ngan apis blom sampai lagi. Mesti pegi mkn dlu tu. Dah tau sgt perangai apis, kalau keluar rumah, ape2 hal mesti pegi mkn dlu, wa imal nak pegi kenduri sekalipun.


Click to view pic!Ni gambar dgn Nabilla
Anak Uncle Bob yang kiut miut piut piut..


Anyway, masa kenduri, abg incas jabatan cuci cawan, akin ngan apis incas jabatan cuci pinggan. Tp diorg tak aci, sbb diorg 2 org, ade org lain tolong pulak tu. Abg terkontang kanting sorg2 basuh cawan. Nasib baik tengah hari ade kawan pais dtg tolong..


Click to view pic!Ni lagi sorang budak cute..
Ira, anak Aunty Ain yang bongsu


Fuh.. masa tengah hari tu ramai giler org, cawan yg nak kena cuci non stop, pastu org dtg mintak cawan bersih pun nonstop.. Dlm pukul 3.00 baru la boleh rilek sket, tetiba lak pais dtg panggil member dia gi basuh pinggan. Pais ckp dia sorg2 je.. Cis, blom ape2 akim ngan apis dah cabut..


Click to view pic!Ni gambar Along ngan Auni
Masa ni dua-dua tengah berlakon konon2 cuci cawan..


Tp best jgk la, walaupun penat, tapi bergotong royong ni best, sbb ramai2 ahli keluarga bekerjasama, dpt berkumpul dan berjumpa..

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Komen mengomen...  

Wednesday, December 17, 2008

Yaya ckp, blog ni takleh komen.

Aik? Kenapa takleh komen? Aritu boleh.. So, aku pun check la ape masalahnye, dan dah jumpa pun kat mana.

Aritu ada tukar komen punya setting, and setkan supaya komen punya form di'embbed'kan je kat post tu, so tak payah la nak keluar drpd page semata2 nak post komen. Tapi masalahnye, mungkin setting tu tak compatible kot dgn the current layout, sebab form utk isi komen tu takde pun di'embbed'kan, in fact cuma ada link aje utk post comment. So, naturally, link tu jadi link kosong je la, klik brp banyak kali pun tak jadi ape2 jgk..


Skrg dah boleh komen.

Senang je nak settle masalah ni, tukar balik setting tu kepada 'full page'. Sape2 nak post comment, klik kat "Post a comment" link yg ade at the end of the list of comments of every post...


AddThis Social Bookmark Button
Email this post