Kain Tersepit
Saturday, April 4, 2009
dipetik dari email yg di fwd-fwd;
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi.
Apalagi, melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.
Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam
Posted in Fun, Rants by Johan | 4 comments
Email this postApril Fool??
Wednesday, April 1, 2009

On a lighter note, hari ni aku mimpi bilik aku banjir, sebab air melimpah dari bilik air.
Bila aku terjaga, aku tengok bilik aku memang betul-betul banjir, air melimpah dari bilik air!
Tapi, lepas tu aku terjaga lagi sekali, dan keadaan normal seperti biasa..
Nampaknya mimpi aku pun nak mainkan aku dikala April Fool ni...
Posted in Emails, Fun, Pics, Rants by Johan | 0 comments
Email this postNur Aisyah Alyssa Sufiyyah
Saturday, March 28, 2009
Posted in Family, Fun, Nostalgia, Photos by Johan | 0 comments
Email this postCermin Mata
Sunday, March 22, 2009
Last week masa aku tengah sibuk berbincang dengan supervisor aku, datang seorang pensyarah. Dia nak bincang mengenai meeting diorang. Tiba-tiba dia membuat satu remark terhadap cermin mata aku (mula-mula aku tak perasan dia tengah cakap pasal aku),
"Oh, he got fancy glasses, I would beat him up and take his glasses, but I probably have way higher power than him, so I'd have blurry vision".
Aku gelak je.
Kat New Zealand ni cermin mata mahal. Bergantung pada power, kalau macam cermin mata aku ni mungkin mencecah RM 2000.
Posted in Fun, Photos, Rants by Johan | 0 comments
Email this postAnak Mat Nor
Masa aku skolah kat STAR dulu, ade sorg cikgu ni nama dia Mat Nor. Org panggil dia Arbo. Sbbnye, gigi dia jongos mcm arnab, pastu kepala dia botak.
Arnab + botak = Arbo
Bdk2 ramai tak suka dia, sbb dia seorg warden yg garang. Arbo ni tak kelakar, tapi anak dia mmg kelakar. Tgk la post ni kat blog Anak Mat Nor:
Blog Anak Mat Nor
Posted in Blog, Fun, Rants by Johan | 4 comments
Email this post


