Boikot  

Monday, January 26, 2009

Saya kumpul tin Coca-Cola. Saya ada bermacam variasi dari pelbagai negara. Hasil dari titik peluh mak saya yang memberi wang saku, saya ada sebuah koleksi yang menawan hati. Waktu saya ke Singapura tempoh hari, saya telah membeli dua tin lagi untuk menambah koleksi saya. Dengan senyuman, ayah saya menegur..

"Sekarang ni orang dah tak beli Coca-Cola, kita boikot". Saya tersipu malu. Perkara ini membuatkan saya berfikir..

Kita hendaklah memboikot barangan Yahudi



Konflik Israel-Palestin

Israel telah menyerang Genting Gaza, sebuah wilayah Palestin. Mereka memusnahkan rumah-rumah, sekolah-sekolah, hospital-hospital, yang semuanya tiada kena-mengena dengan soal keselamatan Israel. Mereka membunuh rakyat Palestin, kanak-kanak dan orang-orang tua. Mereka kejam. Mereka melakukan semua ini walaupun mendapat tentangan PBB.

Adakah ini perkara baru? Tidak. Hanyalah ulangan kepada peristiwa-peristiwa lepas. Perkara ini semua orang tau. Apakah agenda Israel di sebalik serangan ini? Sama juga agendanya dengan serangan-serangan lepas. Ia bukan soal Yahudi-Islam, di Israel juga ada orang Islam, mereka bebas beribadat.

Ini adalah perebutan wilayah. Israel adalah sebuah negara yang wujud hasil daripada perpisahan dengan negara asal, iaitu Palestin. Sama seperti Ireland Utara dan Republik Ireland. Sama seperti Korea Utara dan Korea Selatan. Sama seperti India dan Pakistan. Ketegangan masih berlaku walaupun sudah lama berpisah. Sama juga seperti Malaysia dan Singapura. Walaupun kita belum ada sengketa bersenjata, namun sengketa tetap ada. Sengketa ini kita kenali sebagai 'isu dua hala'.

Soalnya, Israel dan Palestin saling tidak mengiktiraf satu sama lain. Israel tidak mengiktiraf kepimpinan Palestin, manakala Palestin tidak mengiktiraf kewujudan Israel. Oleh itu usaha untuk perjanjian damai tidak pernah berhasil. Malah, kedamaian bukanlah agenda Zionis.

Israel telahpun menghentikan serangan terhadap Genting Gaza. Tapi mereka masih lagi menduduki wilayah itu. Dan oleh kerana mereka tidak lagi menyerang, Barrack Obama telah memberi amaran supaya Palestin tidak melancarkan serangan balas. Ya, Obama, yang dipuji-puji oleh segenap masyarakat Islam. Dalam ucapan pertabalannya sebagai Presiden Amerika, Obama telah mengulangi pendirian Amerika yang menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri dan melancarkan serangan terhadap Palestin. Kemudian beliau melarang Palestin melancarkan serangan balas terhadap Israel. Ya, Obama yang diwar-warkan akan membawa perubahan. Hanya sekadar mengulangi pendirian presiden-presiden Amerika sebelum ini.

Apakah yang akan terjadi selepas ini? Adakah Israel akan mengundurkan diri? Tidak. Mereka akan membina penempatan-penempatan baru di Genting Gaza. PBB akan mengeluarkan usul melarang pembinaan ini. Ia akan tetap diteruskan. Dan Israel akan terus menjadi ahli PBB. Seperti yang telah saya katakan, ini hanyalah sekadar ulangan peristiwa-peristiwa lepas. Wilayah Israel akan menjadi lebih besar, sementara Palestin menjadi lebih kecil.

Peristiwa ini akan berulang lagi, 10 atau 20 tahun akan datang. Sementara itu, rakyat Palestin yang berpakaian compang-camping termasuk wanita dan kanak-kanak akan membaling batu-batu kecil dan kemudian ditembak oleh tentera-tentera Israel yang dilengkapi dengan kelengkapan perang terkini. Pokoknya, ia hanyalah sekadar ulangan kepada peristiwa-peristiwa lepas. Ia bukanlah perkara baru.



Rakyat Malaysia Boikot Barangan Yahudi

Namun begitu, serangan Israel terhadap Palestin kali ini memberi kesinambungan yang besar terhadap rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya yang beragama Islam. Adakah ia disebabkan oleh kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi? Adakah rakyat Malaysia kini lebih prihatin terhadap konflik antarabangsa? Tak pasti. Apa yang pasti, rakyat Malaysia seperti tergigit lidah. Panik. Melatah. Menggelabah.

Apa yang dilatahkan pun tidak diketahui. Dan kenapa sekarang baru menggelabah juga menjadi tanda tanya. Sengketa Yahudi-Palestin sudah berlaku sejak kurun ke-19 lagi. Israel mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1948. Sejak itu rakyat Palestin sudah dizalimi. Pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin telah berlaku ketika Perang Lebanon pada tahun 1982. Intifada sudah bermula sejak tahun 1987. Kenapa sekarang baru kita panik? Ini semua cerita lama.

Maka berduyun-duyunlah emel diterima menyenaraikan syarikat-syarikat milik Yahudi yang harus diboikot. Kemudian ia dicetak dan disebarkan, ditampal di mana-mana supaya kita tidak lupa. Sms-sms layang juga diterima, wajib disebarkan kepada 15 rakan terdekat. Wajib, jika tidak disebarkan, berdosa. Sehinggakan jika kita tidak memperkatakan mengenai Yahudi, kita dikira tidak updated.

Kita boikot. Tak boleh makan McDonald's, tak boleh minum Coca-Cola. Sama ada sebagai tanda protes, ataupun untuk secara langsung menjejaskan ekonomi Yahudi, tak pasti. Yang pastinya, kita boikot. Apakah kesannya? McDonald's kini lengang. Pekerja-pekerja mereka kini lebih mesra pelanggan. Marrybrown kembali beriklan di akhbar-akhbar utama dan televisyen. Kita mula mencari Zam-Zam Cola. Selain daripada itu? Adakah ia akan menjejaskan perniagaan syarikat-syarikat yang kita boikot? Di Malaysia, mungkin. Mungkin sehingga ke tahap menjejaskan mata pencarian segelintir pekerja-pekerja mereka, yang rata-ratanya rakyat Malaysia. Namun di syarikat induk, tidak. Mereka terus beroperasi seperti biasa.

Kita pernah boikot sebelum ini. Ketika kartunis Denmark menggambarkan nabi Muhammad sebagai pengganas, kita boikot barangan Denmark. Seluruh umat Islam boikot. Kita tuntut mereka minta maaf. Adakah mereka minta maaf? Tidak. Selepas itu Belanda terbitkan filem pendek bertajuk 'Fitna', yang mempersendakan Al-Quran. Sekali lagi kita boikot. Mereka juga tidak minta maaf. Kemudian kita kembali menggunakan barangan Denmark dan Belanda.

Berbalik kepada isu semasa. Katalah kita terus tidak makan McDonald's, kita terus tidak minum Coca-Cola. Tetapi, kita tetap menonton filem Hollywood. Kita tetap menggunakan emel Yahoo. Kita tetap menggunakan Windows. Pokoknya, semua ini tidak penting. Andai kata kita boikot keseluruhan ekonomi Yahudi sekalipun, kita hanya tidak menyokong sebahagian daripada agenda Zionis.

Kita akan tetap menonton bolasepak. Kita akan tetap menghias rumah dengan barang-barang mewah. Kita akan tetap membuat pinjaman bank untuk membeli kereta dan rumah. Kita akan tetap menonton Akademi Fantasia dan Raja Lawak. Kita akan tetap mengagungkan artis dan fesyen. Kita akan tetap menggunapakai sistem demokrasi. Apalah sangat boikot yang kita jalankan ini, lebih baik kita makan saja McDonald's, minum saja Coca-Cola.

Kenapa saya menulis tentang semua ini? Apakah impak yang saya harap dapat diberikan kepada rakyat Malaysia? Tak tau untuk persoalan pertama, tak ada untuk soalan kedua. Saya hanya menulis apa yang saya fikir. Beberapa orang sahaja yang akan membaca artikel ini, dan seorang dua sahaja yang akan membaca hingga ke tahap ini. Kenyataannya, sekurang-kurangnya untuk generasi kita, rakyat Malaysia tidak akan dapat lari daripada belenggu Zionis.

Sementara itu, kita akan terus makan McDonald's, minum Coca-Cola. Dan rakyat Palestin akan terus menderita.



Edit 04 Feb 2009:
Saya tertarik dengan satu post dalam blog seorang rakan seperkolahan saya, Fadli Halim. Sila lah ke postnya yang bertajuk Boikot juga.


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


TAG!!  

Wednesday, January 14, 2009

Aku telah di'tag' oleh Hazim. Celaka btol. Malasnye nak buat. Waktu2 kemurungan sebegini aku suka mengingatkan kembali kisah2 silam...


Lebih kurang setahun yang lepas, aku pergi buat paspot. Preparation utk sambung belajar. Walaupun ayah adalah TPINJ (Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Johor), tapi aku bertekad untuk buat semuanya sendiri.

Jadi, aku pergilah buat sendiri. Beratur sendiri ambik borang, beratur sendiri ambik nombor. Lepas submit borang, pegawai imigresen yang bertugas kat kaunter tu pun mintakla pengerasnya...

"Bayaran RM300 ye encik".

"Nak kena bayar sekarang ke?" Aku mana ada duit. RM20 adela.

"Ye". Sepatah je dia jawab.

"Saya takde duit. Kejap ye saya talipon ayah saya." Air muka pegawai tu nampak sedikit insulted. Ada ke nak buat paspot tak bawak duit.

"OK, encik boleh duduk kat situ dulu."

Aku selambe je diri kat kaunter tu. Bukan ada org lain pun. Aku talipon la ayah aku, menyatakan masalah2 berbangkit. "Tunggu kejap ayah datang", kata ayah aku.

Ayah datang dan menyerahkan sejumlah RM300 kat aku. Aku dah bersedia menahan gelak. Pegawai imigresen tu tengok ayah aku, tengok aku, lepas tu tengok ayah aku balik. Tak puas ati lagi, dia tengok IC aku pulak. Sepanjang insiden ni mulutnye sentiasa ternganga seperti ada sebiji telur rebus di dalamnya.

Untuk proses2 seterusnye aku di'escort' oleh seorang pegawai dan potong semua Q yang terlibat. Tak sampai 30 minit paspot dah siap.


Siang tadi, aku pegi buat visa kat Singapore dgn ditemani oleh ayah aku. Sepanjang perjalanan, kitorg di'escort' oleh seorang atache dan 2 org pegawai.



AddThis Social Bookmark Button
Email this post