Nur Aisyah Alyssa Sufiyyah  

Saturday, March 28, 2009

She's my favorite niece, and here are some of my favorite pics of her.

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Coke Blog Update  

Monday, March 23, 2009

NEW POST:

Cock-a-Cola

Coca-Cola Centennial Special Edition

Coca-Cola 1990 Christmas Special

Coke Bottles

I'd Like To Buy The World A Coke


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Cermin Mata  

Sunday, March 22, 2009

Last week masa aku tengah sibuk berbincang dengan supervisor aku, datang seorang pensyarah. Dia nak bincang mengenai meeting diorang. Tiba-tiba dia membuat satu remark terhadap cermin mata aku (mula-mula aku tak perasan dia tengah cakap pasal aku),

"Oh, he got fancy glasses, I would beat him up and take his glasses, but I probably have way higher power than him, so I'd have blurry vision".

Aku gelak je.

Kat New Zealand ni cermin mata mahal. Bergantung pada power, kalau macam cermin mata aku ni mungkin mencecah RM 2000.


Inilah dia cermin mataku yang dikatakan fancy itu

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Impotence  

Tuesday, March 17, 2009

Beware, impotence can make your cigarette bend


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Coke Blog Update  

Saturday, March 14, 2009

NEW POST:

Coke-Diet-Zero

Coca-Cola All Blacks

My Coke Buddy

Coke Can NZ - Over The Years


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Anak Mat Nor  

Masa aku skolah kat STAR dulu, ade sorg cikgu ni nama dia Mat Nor. Org panggil dia Arbo. Sbbnye, gigi dia jongos mcm arnab, pastu kepala dia botak.

Arnab + botak = Arbo

Bdk2 ramai tak suka dia, sbb dia seorg warden yg garang. Arbo ni tak kelakar, tapi anak dia mmg kelakar. Tgk la post ni kat blog Anak Mat Nor:

Blog Anak Mat Nor


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Kebodohan PPSMI  

Wednesday, March 11, 2009

Masa aku sekolah kat China, aku xde masalah langsung dalam matematik. Yela, aku memang dah tau camane nak buat, kat malaysia dah belajar. Kalau soalan dalam BI pun, dalam kepala otak aku, aku buat dalam BM...


PPSMI adalah Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2003. Hasil daripada penguatkuasaan dasar ini, kini matapelajaran Sains dan Matematik diajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris diperingkat rendah dan menengah.

Rasionalnya, sains dan matematik adalah asas penting dalam bidang teknologi, yang seterusnya berperanan dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Dan oleh kerana maklumat dan bahan rujukan di peringkat tinggi banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris, maka di atas keprihatinan kerajaan, murid-murid sekolah rendah dan menengah mestilah belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Jepun tidak pernah menggunakan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah mereka. Mereka maju. Begitu juga dengan Korea Selatan. Korea Utara. China, Rusia, Perancis, Itali dan Jerman. Kanak-kanak mereka belajar dalam bahasa ibunda mereka. Mereka masih boleh maju. Negara-negara yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran peringkat rendah dan menengah adalah negara-negara yang memang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, seperti Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.

Rasional yang diberikan kerajaan sendiri tidak rasional. Oleh kerana sumber-sumber terkini dalam bidang teknologi di peringkat tertinggi banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris, maka kanak-kanak dari darjah satu hingga tingkatan lima diajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Sepatutnya, mereka diajar Bahasa Inggeris.

Adakah dengan kemahiran asas Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat memastikan penguasaan dalam bidang teknologi? Sains dan Matematik di peringkat rendah dan menengah adalah begitu asas, penguasaannya dalam Bahasa Inggeris adalah tidak penting dan tidak relevan jika dibandingkan dengan bahasa akademik yang digunapakai di peringkat tinggi. Memang betul, sumber-sumber terkini dalam bidang teknologi seperti jurnal-jurnal dan artikel-artikel secara majoritinya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Akan tetapi, bahasa yang digunakan adalah bahasa akademik yang menampilkan terma-terma dan maklumat-maklumat yang jauh melampaui apa yang diajar di peringkat rendah dan menengah. Dalam konteks ini, penguasaan Bahasa Inggeris itu sendiri lebih penting, bukannya penguasaan pengetahuan asas dalam Bahasa Inggeris.

Kajian menunjukkan kemerosotan dalam matapelajaran Sains dan Matematik sejak PPSMI dikuatkuasakan. Malah, pelajar-pelajar sendiri tidak menyokong tindakan kerajaan ini. Memetik Persatuan Linguistik Malaysia, 2005:


" Kajian DBP yang dijalankan oleh pasukan penyelidik UKM pada tahun 2004 menunjukkan bahawa prestasi pelajar umumnya merosot dalam mata pelajaran yang menjadi sasaran dasar baharu, iaitu sains dan matematik dan juga bahasa Inggeris. Malah, di luar dugaan pencapaian mereka dalam mata pelajaran bahasa Melayu turut terjejas, mungkin disebabkan oleh kekeliruan dan kejutan yang dihadapi. Kajian Dr. Norhashimah Jalaludin dari Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM mendapati bahawa 75% pelajar tidak setuju sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris, 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan sains dan matematik dengan berkesan, 71% meminati sains dan matematik yang diajarkan dalam bahasa Melayu, 70% yakin akan cemerlang jika sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu, dan 87% tidak setuju bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu. Kajian itu juga menunjukkan bahawa hampir 50% pelajar tingkatan 2 yang dikaji gagal dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam peperiksaan semester pertama tahun 2004.

Dalam jangka lima tahun pelaksanaan dasar baharu ini, dijangka ratusan ribu pelajar akan gagal atau rendah pencapaiannya dalam mata pelajaran sains dan matematik dan fenomena ini malangnya melibatkan majoriti pelajar di luar bandar yang jelas terdiri daripada anak-anak Melayu. Implikasi ini secara langsung menjejaskan keutuhan bangsa Melayu yang memang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang di negara ini. Bidang pendidikan yang diharapkan dapat melonjakkan citra dan martabat bangsa Melayu akan sebaliknya menjadi alat yang menjatuhkan bangsa Melayu sendiri.
"


Apa yang dilihat, pelajar-pelajar Melayu semakin ketinggalan dalam Sains dan Matematik. Bukan kerana mereka tidak berpotensi, tetapi kerana mereka hilang minat terhadap matapelajaran ini. Jika bahasa yang digunakan dalam pengajaran pun tidak difahami, bagaimanakah pelajar dapat memahami ilmu yang diajar?

Sains dan Matematik adalah matapelajaran yang berasaskan kefahaman. Penguasaan ilmu yang diajar itu sendiri adalah lebih penting daripada mengetahuinya dalam Bahasa Inggeris. Untuk memenuhi keperluan negara, maka penguasaan Bahasa Inggeris itu sendiri yang harus dipertingkatkan, di samping menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Inilah dasar pendidikan yang digunapakai oleh sebahagian besar negara-negara maju yang jelas maju dengan bahasa ibunda mereka sendiri. Dasar PPSMI ini dilihat sebagai jalan pintas oleh kerajaan, setelah gagal memberikan keberkesanan terhadap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Dasar ini tidak terhad kepada matapelajaran Sains dan Matematik sahaja. Akhirnya, ia akan memberikan medium pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris terhadap kesemua matapelajaran berasaskan Sains dan Matematik, yang membentuk 80% daripada keseluruhan sistem pelajaran Malaysia. Atas sebab inilah, ia begitu ditentang oleh sebilangan besar badan-badan bukan kerajaan yang berasaskan akademik dan sosial.

Setelah mencapai kemerdekaan, kerajaan Indonesia telah menghapuskan kesemua sekolah-sekolah berasaskan etnik di Indonesia. Hasilnya, kini hampir 100% etnik Cina dan India di Indonesia hilang jati diri asal mereka. Di Malaysia pula, sebahagian besar pelajar tidak tahu menggunakan tulisan jawi setelah kerajaan menghapuskan pengajarannya di sekolah-sekolah. Bayangkanlah, apakah kesannya jika Bahasa Melayu hanya digunakan sebanyak 20% sahaja di sekolah-sekolah.


Masa kecik-kecik, aku suka tengok kartun. Transformers, Voltron, Thundercats, He-Man. Citer kartun ni semua dalam BI. Xde choice, xde kartun BM. Tengok je la. Walaupun xphm, tp ade gak pendedahan. Sekarang ni, kerajaan kecoh2 pasal kepentingan BI, tapi rancangan kanak2 kat TV semuanya dialihbahasa terus ke BM. Bodo btol..


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Coke Blog Update  

Monday, March 9, 2009

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


The Pretender  

Friday, March 6, 2009

"There are Pretenders among us. Geniuses with the ability to become anyone they wanted to be.."



Ada orang tanya, apakah maksudnya "The Pretender" ? Mengapakah aku menamakan blog aku dengan nama The Pretender? Apakah kena-mengenanya dengan aku, adakah aku seorang pretender, dan kalau ye, apa yang aku pretend? Well..

Masa Akim first time baca blog ni, terpacul dari mulut dia, "Eh, The Pretender ni bukan ke..", dia tak sempat abiskan soalan dia, sebab aku terus jawab, "A'ah, betul".

Actually, sebenarnya lebih appropriate kalau aku namakan blog ni "The Pretender 2", ataupun "The Pretender Returns". Sebabnya, aku based kan nama blog ni kepada sebuah lagi karya aku, "The Pretender" iaitu sebuah buku autograf..

Masa aku kat sekolah dulu, menjadi tradisi bagi form 5, untuk membuat satu buku autograf supaya member-member lain boleh tulis apa-apa saja komen, nasihat, kutukkan dan sebagainya. Tak payah risau, sebab form 5 tu cuma akan baca komen-komen tu bila diorang dah balik rumah, lepas abis SPM.

Aku pun ada buat satu buku autograf ni, sebuah buku yang bersaiz A4, lebih kurang setebal kamus dewan. Dan aku namakan buku autograf aku ni, "The Pretender". So, terjawablah persoalan dari mana datangnya nama blog ni..

Tak berapa menarik kan? Apa yang lebih menarik ialah, dari mana datangnya nama buku autograf aku tu? Sebenarnya, aku based kan nama "The Pretender" tu berdasarkan salah sebuah TV series yang aku minat waktu aku form 5, bertajuk, "The Pretender" (banyaknya The Pretender dalam entry ni).

Dalam cerita tu, ada seorang genius, namanya Jarod, dan dia mempunyai photographic memory yang membolehkan dia membuat apa-apa pekerjaan pun yang dia suka. Karekter Jarod ni berdasarkan kepada seorang manusia yang bernama Ferdinand Demara, juga seorang genius, memiliki photographic memory, dan juga seorang serial impostor. Dalam banyak-banyak pekerjaan Ferdinand ni, apa yang paling menarik adalah, ketika dia menjadi surgeon di atas sebuah kapal perang. Dia berjaya menyelamatkan nyawa berpuluh-puluh askar setelah melakukan pembedahan, hanya berdasarkan buku-buku yang dibaca..

Aku pun kadang-kadang pretend jugak. Aku pretend aku boleh terbang. Dalam mimpi la. Masalahnya, tiap-tiap kali aku terbang dalam mimpi, mesti tak lama, sebab aku akan terjaga. Susah betul nak kontrol lucid dream ni..

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


New Blog!  

Wednesday, March 4, 2009

Aku dah buat blog kedua! Blog baru ni adalah untuk aku letak gambar-gambar koleksi tin Coca-Cola yang aku kumpul

Silalah melawat blog ni ye, jangan malu-malu! ^_^ v


http://mycokecollection.blogspot.com


AddThis Social Bookmark Button
Email this post