Kebodohan PPSMI  

Wednesday, March 11, 2009

Masa aku sekolah kat China, aku xde masalah langsung dalam matematik. Yela, aku memang dah tau camane nak buat, kat malaysia dah belajar. Kalau soalan dalam BI pun, dalam kepala otak aku, aku buat dalam BM...


PPSMI adalah Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2003. Hasil daripada penguatkuasaan dasar ini, kini matapelajaran Sains dan Matematik diajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris diperingkat rendah dan menengah.

Rasionalnya, sains dan matematik adalah asas penting dalam bidang teknologi, yang seterusnya berperanan dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Dan oleh kerana maklumat dan bahan rujukan di peringkat tinggi banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris, maka di atas keprihatinan kerajaan, murid-murid sekolah rendah dan menengah mestilah belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Jepun tidak pernah menggunakan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah mereka. Mereka maju. Begitu juga dengan Korea Selatan. Korea Utara. China, Rusia, Perancis, Itali dan Jerman. Kanak-kanak mereka belajar dalam bahasa ibunda mereka. Mereka masih boleh maju. Negara-negara yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran peringkat rendah dan menengah adalah negara-negara yang memang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, seperti Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.

Rasional yang diberikan kerajaan sendiri tidak rasional. Oleh kerana sumber-sumber terkini dalam bidang teknologi di peringkat tertinggi banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris, maka kanak-kanak dari darjah satu hingga tingkatan lima diajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Sepatutnya, mereka diajar Bahasa Inggeris.

Adakah dengan kemahiran asas Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat memastikan penguasaan dalam bidang teknologi? Sains dan Matematik di peringkat rendah dan menengah adalah begitu asas, penguasaannya dalam Bahasa Inggeris adalah tidak penting dan tidak relevan jika dibandingkan dengan bahasa akademik yang digunapakai di peringkat tinggi. Memang betul, sumber-sumber terkini dalam bidang teknologi seperti jurnal-jurnal dan artikel-artikel secara majoritinya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Akan tetapi, bahasa yang digunakan adalah bahasa akademik yang menampilkan terma-terma dan maklumat-maklumat yang jauh melampaui apa yang diajar di peringkat rendah dan menengah. Dalam konteks ini, penguasaan Bahasa Inggeris itu sendiri lebih penting, bukannya penguasaan pengetahuan asas dalam Bahasa Inggeris.

Kajian menunjukkan kemerosotan dalam matapelajaran Sains dan Matematik sejak PPSMI dikuatkuasakan. Malah, pelajar-pelajar sendiri tidak menyokong tindakan kerajaan ini. Memetik Persatuan Linguistik Malaysia, 2005:


" Kajian DBP yang dijalankan oleh pasukan penyelidik UKM pada tahun 2004 menunjukkan bahawa prestasi pelajar umumnya merosot dalam mata pelajaran yang menjadi sasaran dasar baharu, iaitu sains dan matematik dan juga bahasa Inggeris. Malah, di luar dugaan pencapaian mereka dalam mata pelajaran bahasa Melayu turut terjejas, mungkin disebabkan oleh kekeliruan dan kejutan yang dihadapi. Kajian Dr. Norhashimah Jalaludin dari Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM mendapati bahawa 75% pelajar tidak setuju sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris, 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan sains dan matematik dengan berkesan, 71% meminati sains dan matematik yang diajarkan dalam bahasa Melayu, 70% yakin akan cemerlang jika sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu, dan 87% tidak setuju bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu. Kajian itu juga menunjukkan bahawa hampir 50% pelajar tingkatan 2 yang dikaji gagal dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam peperiksaan semester pertama tahun 2004.

Dalam jangka lima tahun pelaksanaan dasar baharu ini, dijangka ratusan ribu pelajar akan gagal atau rendah pencapaiannya dalam mata pelajaran sains dan matematik dan fenomena ini malangnya melibatkan majoriti pelajar di luar bandar yang jelas terdiri daripada anak-anak Melayu. Implikasi ini secara langsung menjejaskan keutuhan bangsa Melayu yang memang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang di negara ini. Bidang pendidikan yang diharapkan dapat melonjakkan citra dan martabat bangsa Melayu akan sebaliknya menjadi alat yang menjatuhkan bangsa Melayu sendiri.
"


Apa yang dilihat, pelajar-pelajar Melayu semakin ketinggalan dalam Sains dan Matematik. Bukan kerana mereka tidak berpotensi, tetapi kerana mereka hilang minat terhadap matapelajaran ini. Jika bahasa yang digunakan dalam pengajaran pun tidak difahami, bagaimanakah pelajar dapat memahami ilmu yang diajar?

Sains dan Matematik adalah matapelajaran yang berasaskan kefahaman. Penguasaan ilmu yang diajar itu sendiri adalah lebih penting daripada mengetahuinya dalam Bahasa Inggeris. Untuk memenuhi keperluan negara, maka penguasaan Bahasa Inggeris itu sendiri yang harus dipertingkatkan, di samping menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Inilah dasar pendidikan yang digunapakai oleh sebahagian besar negara-negara maju yang jelas maju dengan bahasa ibunda mereka sendiri. Dasar PPSMI ini dilihat sebagai jalan pintas oleh kerajaan, setelah gagal memberikan keberkesanan terhadap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Dasar ini tidak terhad kepada matapelajaran Sains dan Matematik sahaja. Akhirnya, ia akan memberikan medium pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris terhadap kesemua matapelajaran berasaskan Sains dan Matematik, yang membentuk 80% daripada keseluruhan sistem pelajaran Malaysia. Atas sebab inilah, ia begitu ditentang oleh sebilangan besar badan-badan bukan kerajaan yang berasaskan akademik dan sosial.

Setelah mencapai kemerdekaan, kerajaan Indonesia telah menghapuskan kesemua sekolah-sekolah berasaskan etnik di Indonesia. Hasilnya, kini hampir 100% etnik Cina dan India di Indonesia hilang jati diri asal mereka. Di Malaysia pula, sebahagian besar pelajar tidak tahu menggunakan tulisan jawi setelah kerajaan menghapuskan pengajarannya di sekolah-sekolah. Bayangkanlah, apakah kesannya jika Bahasa Melayu hanya digunakan sebanyak 20% sahaja di sekolah-sekolah.


Masa kecik-kecik, aku suka tengok kartun. Transformers, Voltron, Thundercats, He-Man. Citer kartun ni semua dalam BI. Xde choice, xde kartun BM. Tengok je la. Walaupun xphm, tp ade gak pendedahan. Sekarang ni, kerajaan kecoh2 pasal kepentingan BI, tapi rancangan kanak2 kat TV semuanya dialihbahasa terus ke BM. Bodo btol..


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


19 comments: to “ Kebodohan PPSMI

  • mahata
    March 11, 2009 at 11:38 AM  

    aku tak setuju! haruslah aku sokong memakai english untuk sabjek matematik dan sains! ko tau tak betapa bodohnye aku rase bile omputih tanye soklan matematik dan aku tak tau ape bende die nak? walaupon aku reti buat bende tu, tapi psl aku tak tau terms die dlm english so aku blur 15 tahun nak cari jawapan. just because terms die lain. bukan satu situation je, byk kali dah jadi, termasuk sains nye soklan.

    the best solution for me is to use bm for teaching, but keep the english terms. kire ajar dengan bahase rojak.

  • yoshz
    March 11, 2009 at 12:24 PM  

    aku pula couldn't care less. aku menentang sebarang tindakan flip-flop. kalau dah buat 6 tahun tu teruskan aje la. nak tukar balik pakai byk duit woh. bagi aku kalau bangang tu tetap bangang, kalau rajin sikit mesti boleh improve sains, math sekali ngan BI. hujah budak kg takleh nak ketchup takleh pakai, ada je budak kg yg skor.

    haruskah pelajar letrek UTM menggunakan istilah KOte naga 3 fasa untuk terjemahan 3 phase CoEnergy?

    btw, kartun dedulu takde subtitle. aku mati2 ingat starscream dah jadi baik masa satu episod tu. apa pun tak paham..

  • Johan
    March 11, 2009 at 1:14 PM  

    Malaysian education mmg terkenal dgn flip flop flop flip. Dari dulu tak abis2 lagi eksperimen.

    Main point aku ialah, budak2 tak phm ape yg diajar. ko pandai bi yoshz, lain crite. tapi cuba ko bayangkan, dlm kelas, cikgu ajar kat dpn, tp bdk2 semua buat hal sendiri, semata2 sbb dah bosan apebende yg cikgu tu membebel pun taktau.

    Cuba, bayangkan. Bg contoh BI kat ko mmg la ko tak nampak. Cuba kalau ko masuk kelas, cikgu ajar math dlm bahasa urdu. satu hapah pun ko tak phm. ko angkat tgn, ckp xphm, dia bebel lagi dlm urdu. lama2? give up la. bosan. bukannye sbb xnak blaja.

    bdk2 ni taktau BI, tak phm langsung. aku kwn ngan bdk2, aku dgr sendiri keluhan diorg.

    mmg btol, ada bdk yg gifted. diorg excel. kalau ko mmg dah pandai bi, then studying in bi mmg akan bg advantage pd ko. tapi we're talking about the majority here. 50% fail. bukan 50% xdpt A, 50% fail. tu dulu, skrg ni dah kurang. knp? sbb diorg rendahkan passing grade. wth?

    contoh kotenaga 3 fasa yg ko bg tu, menguatkan lagi hujah aku kat post. ada ke kita blaja pasal 3 phase coenergy masa SPM? kalau ade pun, belambak lagi terms yg kita akan jumpa kat U, tapi tak pernah jumpa pun masa SPM. so okay, kita blaja spm dlm bi. semua terms dia kita hapal. tp in general english haprak. jumpa terms baru camane?

    sbb tu la sampai ke point aku yg seterusnya, powerkan bi dulu. pastikan bdk2 power dlm bi dulu. baru la kalau nak ajar dlm bi pun. ni bdk2 bi semua haprak, tetibe nak suruh diorg blaja dlm bi.

    respon kepada mahata, sama jgk, no sense teaching in english kalau english sendiri bdk2 tak phm.

    tapi, ko punye proposal tu interesting. unorthodox, but practical. yela, bdk2 ni actually bila dah kena suap terms2 tu everyday, melekat jgk. nowadays diorg lebih familiar with the term "least common multiple" instead of "gandaan sepunya terkecil". the problem is diorg tak paham english, so by using a mixed language, we can gain the best of both worlds. kinda like a win-win situation. wth, we use bahasa rojak everwhere nowadays, right? at least, there's knowledge gain. and it's not like we're degrading the language or anything. "bahasa rojak" is not "bahasa sms"

    yg pasal katun tu, ignore je la huhu. aku dulu tgk pun satu hapah tak paham. tapi tgk jgk. dah takde choice. kalau ade katun bm, aku tgk katun bm. so, takde la pendedahan terhadap bi. nasib baik dulu doremon je katun bm. dgn citer2 sang kancil.

  • yoshz
    March 11, 2009 at 7:58 PM  

    Begini sebenarnya, aku dulu ajar budak tuisyen. aku ajar semua subjek. n of cuz aku ajar sains math in BI. mmg susah aku pun akui ada banyak soalan aku sendiri tak tau camner nak jawab. tapi, aku ajar dlm BI aku translate every single word, painstakingly, religiously lama2 diorang faham n improve. of cuz takdela dari fail sampai dapat A. tapi improve la. See, boleh buat kalau ada usaha lebih sikit jer dari both teachers n students. takdela sampai tak tido mlm pun.

    kalau dia ajar dlm bahasa urdu pun, aku sanggup usaha carik makna setiap benda n make sure aku faham. in less than 2-3 years aku boleh master bahasa urdu.sikit je usaha tapi the reward is BIG.

    ye aku tau, kau akan cakap bukan semua budak mcm aku atau kau, tapi belum apa2 dah give up tu mmg aku takleh terima.

    btw, i think we should put the blame on penterjemah2 bahasa. Dr M ada cakap, translator kita tak minat buat kerja terjemah pasal gaji sikit dan bosan. Jepun boleh belajar dlm bhs jepun pasal proses terjemah diorang pantas. n diorang ada terms diorang sendiri untuk capacitor, current, voltage etc.

    satu aku tak faham, kenapa nak gelabah? mcm kalau kita teruskan ajar dlm BI pun, mati ke BM? yg naikkan bahasa adalah bisnes. ramai org belajar jepun skang psl bisnes diorang maju. kalau kita banyak bukak bisnes kat europe misalnya, pasti org sana familiar ngan BM secara automatik. nak impress kita, n senang nak deal.ini dibuktikan dlm sejarah di mana ketika melaka merupakan pelabuhan terkemuka, bahasa melayu menjadi lingua franca. org lain akan 'terpaksa' belajar BM sekaligus mengangkat martabat bahasa ke persada yg lebih tinggi.

    so skarang ni mmg padanla BM ni jadi bahasa jiwang2 dan carut2 jer.

  • Fadli Halim
    March 11, 2009 at 9:43 PM  

    Aku setuju dgn Mahata: ajar dalam BM tetapi kekalkan term dalam BI, especially yang advance dan berbunyi pelik bila diterjemahkan ke dalam BM. Kebanyakannya di peringkat U, peringkat SPM takde masalah term yg kompleks sgt.

    Yang jadi problem ialah perkataan BI yang tak wujud dalam bahasa Melayu. Contohnya UNDERDOG (mana ada perkataan Melayu bawah anjing?) atau AFTERWARD (selepas wad?) atau JOYSTICK (kayu ria?).

    Perkataan2 spt ni bila diterjemah ke BM memang jadi pelik dan kelakar. Sebenarnya tak boleh nak terjemah pun sebab perkataan tu memang tak wujud dalam BM. Sama jugak macam sesetengah term sc & math.

    Solutionnya, kekalkan term JOYSTICK tu (atau guna "joistik"). Make things simple.

    Aku tak setuju Yoshz kata kalau push gilebabi belajar bahasa lama2 diorang pandai jugak. Pick-up orang tak sama. Ada enjin Ferrari, ada enjin Kancil. Enjin kancil ko tekan maksimum pun, takkan cecah 300km/j punya. Habis kuat 120km/j. Tu pun dah gegar rasa nak tercabut tayar.

    Budak2 sbp tak boleh jadi ukuran PPSMI ni pasal diorang dah memang enjin Ferrari. Kes mcm ni kena pakai statistik kasi fair untuk semua.

    p/s: Sebenarnya term komputer "kayu ria" ni asalnya JOKE yang disebarkan secara meluas kat internet. Malangnya jadi bahan hujah penyokong PPSMI. Suka sangat guna kes terpencil. Bodoh betul.

  • mahata
    March 11, 2009 at 11:01 PM  

    betul cakap bruang.

    picking up a foreign language differs from one to another, depending on his/her aptitude and his/her exposure to the language itself.

    that being said, cakap yoshz betul jugak. kene push dak2 kecik ni blajar english. kalau budak tu selo, silelah ajar dari awal supaya diorang besa nanti tak fail.

    soalan untuk jojo/yoshz/bruang: brape lame ko rase ko baru bole cakap and tulis english secara fluent, and sejak bile? sile jawab pls.

    aku nak elaborate sket psl bahase nih:

    aku setuju juga ngan statement yoshz bile die kate bahasa dinaikkan oleh ekonomi sesebuah negara. most overseas schools teach mandarin, japanese and korean as foreign language, and some are starting to teach tamil or whatever language they use in india. this is because they recognize those countries provide many business opportunities.

    kalau dari kecik dah dididik dengan 2 bahasa, lagi senang belajar bile besa nanti. just take a look at the chinese and indian community; they gotta learn 3 languages from childhood. MOST of them do very well. takkan org melayu tak boleh kot? bukannye soh blajar arab. english is one of the easiest languages to learn because its alphabets are the same as the one we use in BM.

    aku tak kate english is better than bm, and should be given priority. NO. why we need to learn it as early as possible is for us to easily mingle with anglo-speakers which makes up the majority of the world. having a common tongue will make it easier to deal with anything in general, and having mastery of another language shows intellect and character. to master the language you have to be exposed to it as early as possible, time otak tu belom tepu.

    another thing to consider, is that having good command of english will lead to opportunities to study and do business overseas earlier in life.

  • Fadli Halim
    March 12, 2009 at 12:34 AM  

    Kebolehan menguasai bahasa asing memang penting dalam bisnes dan kehidupan. Tak kiralah BI ke, Tamil ke, Mandarin ke, Korea Utara ke.

    Lagi banyak bahasa, lagi bagus.

    Masalahnya, PSSMI ni menjejaskan prestasi student. Contoh: Katakan aku ni memang terer gilababi math & sains tapi BI aku memang hancus. Konfem aku fail math & sains sebab tak faham cikgu ajar dalam BI. Bukan sebab aku bodo math & sains, aku cuma bodo BI aje. Last2... asalnya bodo BI... sekarang dah jadi bodo math & sains sekali. Hambik kau 3 subjek terus.

    Okey, katakan bahasa Urdu sangat penting dalam dunia ni. Reference sains & math semua dalam bahasa Urdu, terutamanya peringkat U.

    And ko pulak nak anak ko menguasai sains dalam bahasa Urdu. Apa yg ko buat?

    First, hantar ke kelas intensif bahasa Urdu.

    Second, bila dah terer bahasa Urdu, barulah hantar ke kelas sains dalam bahasa Urdu.

    Kalo ko terus hantar ke kelas sains dalam bahasa Urdu, tercengang-cengang la dia. Satu haprak tak paham.


    p/s: Aku tak ingat la bila aku boleh tulih & cakap BI. Sekolah rendah kot. Sebab time tu ada subjek BI.

  • mimi
    March 12, 2009 at 1:41 AM  

    i totally agree with yosh and mamat. NOT becoz i love both of them haha. it is becoz from personal experience from TRYING to attract business from US and Japan into Malaysia.

    As u all may or may not know, i am currently in US trying to attract investments into Malaysia. Despite the misconstrued perception that the Americans do not know where Malaysia is, they DO and they actually read about the happenings in Malaysia. The only reason they stop reading or finding out about Malaysia is becoz some of the news are in BM. They don't understand, and damned if they do to look out for translation. This applies to Japanese CEOs as well. They are waayyy better in English, despite the perception that we think they are not good in English. They only gave across the impression that they do not understand, but their written English are better than the scholars in England!

    My point is, I am selling Malaysia as a country to be the hub to biotech business in South East Asia, compared to Singapore. And i get snubbed by the first point i am trying to sell: trainable graduates. How are we the government to sell the country when our graduates can't fucking speak English? Malaysia must realize, we are small. To make it big and put a stamp of Malaysia in the world, we ought to train our graduates in English, from Primary School. No matter how slow they are, to make it big in the ever-changing world, they ought to bloody hell learn English from childhood. We can't keep relying on palm oil and rubber all the time. It is the biopharmaceutical age man..

    i have a stupid ex-best friend who is an engineer graduate. She refuses to go to a bloody MTV Asia Awards audition to go see Jared Leto becoz she is scared to be prompted by English questions. HOW DUMB IS THAT?? ini graduate yg aku nak sell to the Americans and the Japanese??? How the hell you going to do quality control in a pharmaceutical plant, when you cannot even answer English questions? How the hell you going to learn drug discovery SOP if you cannot even understand English??

    My point is clear: Malaysia has to buck up and smell the roses. The world is facing economy crisis. We cannot even be bothered by these silly anecdotes. We cannot be self-sustaining just on palm oil, rubber and rice. We have to go outside. We have to learn English. And this ought to be taught from Primary School, whether they like it or not.

    Sorry comment panjang. This subject is very dear to me as i am facing upfront daily, these perception of stupid and non-speaking graduates from Malaysia. The only reason i am able to attract multi-million dollar investments from biopharmaceutical & medical diagnostics companies from Japan & US is based on the first impression that i imposed to these foreigners: thay "heyy, there are Malaysians who can hold their ground and bloody debate in English with substantial facts". I hope i can make my point clear to all Malaysians how tough the world is out there, and how we can hold our ground to our nearest competitor - Singapore.

    Thanks. Just my two cents on this issue. Have a nice Thursday Malaysia!

  • mahata
    March 12, 2009 at 4:02 AM  

    tujuan aku tanye soklan brape laju and bile uols master english is nak tgk usia time bile uols berjaya cakap/tulis, and how it affects us now. aku ingat lagi, aku umo 6 tahun dok kat UK, sepatah haram tak reti ckp english. tapi psl dok situ and pegi skolah situ, kene belajar. crash course lagi. dlm mase 2 bulan aku bleh cakap n tulis english trus, walaupon pelat sket. mak abah aku kat rumah pon ckp english ngan aku, untuk train kitorang adik beradik supaya paham.

    the thing is, nak master english tak susah, lagi2 mase kecik2. yg penting exposure to the language di luar bilik darjah. tu peranan keluarga dan rakan2.

    how does english mastery affect us? aku kasik contoh paling senang, tgk wayang. aku sejak balik dari UK, tak penah perlu baca subtitles untuk citer2 english. most kawan2 sebaya aku banyak miss content/visuals psl sebok baca subtitle. baik baca buku ahadiat akashah kalau gi muvi nak bace subtitle je.

    speaking of books, aku time skolah rendah dah bole baca buku2 catered for adults. bukannye nak kerek, tapi having those kind of books and information available to you earlier in life helps lots later on. i remember when i was 10 or so, mase aku dok kat JB, i was already having mature conversations with people decades older, discussing books and politics and shit, in english. people will take you seriously when you are able to hold a conversation with them.

    pandangan aku jauh berbeza n jauh lagi matang dari rakan2 sebaya, just because i had access to information and skills that are years ahead of my peers. masuk star je jadik spastik balik psl kawan ngan hazim ngan yoshz. ngan jojo. takde geng nak ckp omputih selain kucing.

  • Johan
    March 12, 2009 at 5:15 AM  

    menjawab soalan mahata:
    aku boleh ckp n tulis english sejak sekolah kat china dlu. my environment was english, so naturally dlm masa singkat (<6 months?) aku dah boleh fluent.

    aku rasa, perbincangan ni dah melencong topiknya dari learning in english kpd importance of english. aku x nafikan english penting. kita perlu menguasainya utk maju secara global. kalau nak bdk2 kita pandai english, kita ajar english. mcm mana? ajar kat sekolah, create english environment kat luar sekolah, increase awareness of the community.

    and then, bila bdk2 dah pandai english, boleh la kita ajar subjek2 dlm english. tp kjaan nak shortcut. nak terus ajar dlm english.

    quoting yoshz:
    " kalau dia ajar dlm bahasa urdu pun, aku sanggup usaha carik makna setiap benda n make sure aku faham... ..ye aku tau, kau akan cakap bukan semua budak mcm aku atau kau, tapi belum apa2 dah give up tu mmg aku takleh terima. "

    bkn semua org ade drive n motivation mcm ko, and kebanyakan bdk2 xde peluang pun nak buat mcm ko ckp tu. knp? nak jawab tu, kena ikut life diorg sehari2. tapi aku nak quote mimi dlu:

    " We have to learn English. And this ought to be taught from Primary School, whether they like it or not. "

    WTH, let's teach them from birth. make sure they are familiar and comfortable with english before they even enter primary school. then, we can teach other subjects in english, coz they'll understand.

    ok now, respon kpd mahata, mimi n yoshz. let's go through a child's everyday life. i'm talking about ratusan ribu bdk2 kat msia ni, bkn a select few.

    start dr balik sekolah. main ngan kwn2. ckp dlm? bm. tgk tv. kartun. dlm bm. tolong mak ayah. kat umah, ckp bm. xde pendedahan kpd bi. this is most children in msia.

    some parents even prefer their children to help them out kat rumah. tolong ayah berniaga. tolong mak buat kerja rumah. nak blajar? kat skolah dah blaja cukupla. balik rumah tolong buat kerja. nak beli buku? skolah dah bg buku, nak beli ape lagi?

    and we expect them to have the drive n motivation to go out of their way to study english, so that they can understand what their teacher is talking about in class? we're talking about children here, ages 7 to 15.

    some children mmg fortunate. mak ayah antar tusyen. antar kelas intensif bahasa inggeris. tgk tv citer omputih. belikan buku2 rujukan. belikan laptop, internet, cd2 blajar.

    but most? no way. kalau dah mls sgt taknak tolong mak ayah, pegi la main. jgn nak nyusahkan mak bpk suruh beli buku.

    skali lagi, aku tak nafikan english tu penting.

    ape yg aku oppose sgt adalah tindakan kjaan memaksa semua kanak2 blaja math n sains dlm english. tak semua bdk pandai math n sains. dah la blaja dlm bm pun susah nak catch up, inikan pulak suruh blaja dlm bi. ada yg pandai math pun, tp sbb x pandai english, terus jadi bodo.

    sepatutnya pilih bulu. sekolah2 sbp je yg blaja dlm english. bg diorg kelas intensif english, kelas peralihan ke setahun. and then make the whole school english. not just a few subjects.

    ataupun bg option. buat 2 aliran dlm 1 sekolah. identify those that are capable. or let the parents choose. yg capable in english, blaja dlm english.

    not just blindedly throw this to every children. in the current situation, bdk2 yg fortunate mmg excel. it's better for them.

    but for those who are less fortunate? it's a hell for them. in the end they just give up. nak blaja camane, satu hape pun tak paham. kan rugi tu? at least kalau ada option blaja dlm bm, they can still give it a try.

    if we say that english is so important, so much that every damn school must be english oriented, then we might as well turn the whole country to an english speaking country. like singapore.

  • Johan
    March 12, 2009 at 5:33 AM  

    to mahata: yes, i agree.

    english penting, but to get a person to learn english, we have to create an english environment for them.

    knp bdk2 melayu ckp melayu? knp bdk2 jepun ckp jepun? knp bdk2 arab ckp arab? sbb dr kecik environment diorg mmg dah mcm tu.

    ini tak, environment melayu, tapi tiba2 dlm kelas suruh blaja dlm english. that's bullshit.

    skali lagi, aku tak kata english tak penting. english penting. we want our students to be able to speak english.

    but the problem is, it's impossible to create an english environment for everybody, it depends on the household itself, the family, the background.

    sbb tu aku kata bg option. sekolah2 tertentu shj, bagi kelas peralihan. and/or buat 1 skolah dua aliran.

    mcm aku kata, kalau kjaan dah gelabah sgt sampai paksa semua bdk blaja dlm bi, buat je la seluruh negara ckp dlm bi. then we can create an english environment. barula semua bdk phm ape yg diorg blaja.

  • dzul
    March 12, 2009 at 9:30 AM  

    tak kisah kalau math n sains dalam english. istilah2 byk lagi dalam english. buku2 rujukan utk engineering n medic masih byk yg dalam english. x la kelam kabut dorang bila masuk u nnti..

  • Anonymous
    March 12, 2009 at 10:28 AM  

    ala...buat dwibahasa jela...
    (sebelum ni ms aku jwb spm pun dwi bhs gak)
    senang...ajar pun dwibahasa...nk kate rojak x rojak juga la kn...
    dan budak2 ni bole buat pilihan nk jwb soklan exam..
    tapi serius la bile kite da blaja sc n mate in bi, agak kelakar bile di translatekn ke bm..bukan nk mengata bahasa melayu bahasa ibunda sendiri..tapi itulah hakikatnyer..
    ape2pun kite patut meng'expose'kn budak2 ni ngn bi..jgn manja sgt..

  • Johan
    March 12, 2009 at 12:59 PM  

    Dzulkarnain Mohamad:
    Komen ko ni, aku nak respon pun, sbnrnye aku dah jwb dlm entry aku. kat komen pun dah dijawab.. xyah la aku jawab lagi skali ye, ko baca la balik.

    Anonymous:
    maksud ko, dah ajar dlm bm pastu ajar dlm bi or vice versa? tak praktikal..

  • Fadli Halim
    March 12, 2009 at 2:21 PM  

    Discussion kat sini dah terpesong jauh dari topik.

    Isunya belajar sains & math dalam BI, bukan "importance of English".

    English memang penting. Semua agree.

    Takde kena mengena belajar sains & math dalam BI dengan tarik investment oversea.

    Jepun tak reti cakap BI pun boleh maju. Ramai nak invest sana berbanding kat Mesia ni. Diorang belajar dalam bahasa Jepun je..

    Yang penting pemahaman dalam sains & math tu... bukan choice of language.

  • Johan
    March 12, 2009 at 3:57 PM  

    fadli halim:
    aku taknak kata xde kena-mengena langsung antara PPSMI dgn overseas investment (in terms of human capital).

    graduate kita tak laku kat oversea. sbbnye, diorg xdpt sampaikan ilmu diorg dlm english. oleh krn diorg xdpt berbahasa inggeris, diorg jadi incompetent di peringkat global.

    aku tak oppose bila dah peringkat tertiary kita mmg kena blaja dlm english. terms2 yg complex, bahasa2 engineering, semua tu kena grasp dlm english kalau nak pegi jauh.

    tapi, nak solve masalah ni dgn cara bdk2 skolah blajar subjek2 kritikal dlm bahasa yg diorg tak phm, aku rasa mcm tikus membaiki labu.

    sepatutnye kita kuatkan basic math n sains diorg dlm bahasa yg diorg phm dlu. basic kena kuat, baru boleh pegi advance. dlm masa yg sama, increase diorg punye english capability. basic math n sains power, english power. pastu masuk U blaja la engineering dlm bi. walaupun tak pernah blaja basic dlm bi, tapi kalau basic kuat, kat U should be no problem. just involve translation of basic terms.

    on the other hand, kalau kita kata engineering dlm english penting, so math n sains kat skolah kena blaja dlm english, sedangkan bdk2 ni tak tau ape2 pasal english, mcm mana nak kuatkan basic? pastu kita expect graduates kita terer engineering and english at the same time?

    nak masuk U blaja engineering, basic kena kuat. kalau sin cos tangent tak mcm ABC, then expect to be below average.

    sin cos tangent dlm bahasa melayu adalah sin kos tangen. teorem pitagoras dlm bahasa inggeris adalah phytagorean theorem. formula matematiknya dlm bi A^2 + B^2 = C^2. formula matematiknya dlm bm pulak, A^2 + B^2 = C^2.

    ini je yg kita blaja masa spm. stakat ni je. mcm tu je bezanya dlm bi. dari segi bahasa, apa sgt bezanya? ape yg penting, pemahaman. ape dia sin, ape dia cos, ape dia tangent. ape dia A^2 + B^2 = C^2.

    tapi, sbb graduate kita tak pandai ckp english, jadi bdk2 sekolah, yg tak brp nak phm english, kena blaja benda ni dlm english.

    tikus, nak baiki labu.

  • Anonymous
    March 12, 2009 at 6:25 PM  

    PPSMI disokong oleh puak yang mendakwa dirinya telah merdeka. Sebenarnya tidak.

    PPSMI diwujudkan untuk menguji sejauh mana rakyat mencintai dan menghayati bahasa kebangsaan negara.

    Nampaknya masih ramai rakyat yang tidak meletak tinggi status bahasanya sendiri, masih bermentaliti negara mundur.

  • Anonymous
    March 13, 2009 at 5:34 PM  

    banyak comment ni...panjang lak tu..
    malas nak bace...

  • Johan
    March 14, 2009 at 1:23 AM  

    Leeyo:
    Baca la. Amek kesah sikit isu2 semasa.

    Tahap1:
    Aku suka discussion. Progressive discussion. Ramai org dlm dunia ni, tak semua org ada pendapat dan pendirian yg sama. Tujuan kita berbincang adalah utk bertukar2 pendapat, tukar2 idea. Walaupun berbeza pendapat, kita saling hormat antara satu sama lain. Bukan nak tuduh2 pihak ni mcm ni, pihak tu mcm tu.

    Ko ckp PPSMI diwujudkan sbb nak uji rakyat? Nak uji? test? eksperimen? That's very irresponsible of the government. Aku mmg tak sokong la kalau government buat satu dasar sbb nak 'test' rakyat dia.

    Walaupun aku tak sokong PPSMI, tak semestinya aku betul. Mungkin ada org yg boleh bangkang hujah2 aku, kemudian bagi hujah2 dia sampai aku takleh jawab, sampai aku sendiri terpikir, "Eh, betul jgk tu" Kalau dah mcm tu, aku mungkin akan tukar pendirian.

    Kalau takde pun, mungkin aku tetap salah. Mungkin 20 tahun lagi, org melayu akan maju dan berdaya saing disebabkan oleh PPSMI ni. Kita mana tau.

    Tujuan kita berbincang adalah utk memajukan diri kita.